Panduan · Pengurusan risiko

Kalkulator lot XAUUSD — berapa lot untuk stop anda

Saiz lot bukan pilihan citarasa. Ia satu-satunya nombor yang menentukan berapa banyak anda rugi kalau anda salah. Masukkan baki, risiko dan jarak stop anda di bawah.

Risiko dalam duit—
Nilai 1 lot bagi setiap $1 pergerakan—
Saiz lot—
Rugi sebenar jika stop kena—

Formula yang digunakan

Untuk XAUUSD, satu lot standard ialah 100 auns. Jadi pergerakan $1 dalam harga emas bernilai $100 untuk 1.00 lot, $10 untuk 0.10 lot, dan $1 untuk 0.01 lot.

Maka:

Lots = (Baki × Risiko%) ÷ (Jarak stop dalam $ × 100)

Contoh: baki $2,000, risiko 1% = $20. Jarak stop $10.
$20 ÷ ($10 × 100) = 0.02 lot.

Margin bukan risiko

Ini kesilapan paling mahal dalam trading emas. Dengan leverage 1:500, 0.10 lot cuma perlukan sekitar $80 margin. Ramai yang fikir "saya mampu buka 0.10 lot" — tetapi margin bukan jumlah yang anda boleh rugi.

Kalau stop anda $10 jauhnya, 0.10 lot bermakna $100 hilang bila stop kena, bukan $80. Margin ialah deposit yang broker pegang; risiko ialah jarak stop darab saiz.

Akaun kecil: bila 0.01 lot pun terlalu besar

Saiz minimum untuk XAUUSD biasanya 0.01 lot, iaitu nilai $1 bagi setiap $1 pergerakan emas. Kalau stop anda $10, 0.01 lot bermakna risiko $10.

Untuk akaun $300 dengan risiko 1%, anda hanya boleh rugi $3. Tetapi 0.01 lot sudah risiko $10 — itu 3.3%, lebih tiga kali had anda. Tiada lot yang lebih kecil untuk dipilih.

Jawapannya bukan lot yang lebih kecil, tetapi stop yang lebih dekat atau akaun yang lebih besar. Kalau stop logik untuk setup anda terlalu jauh untuk akaun anda, dagangan itu bukan untuk anda. Itu bukan kerugian — itu pengurusan risiko yang berfungsi.

Akaun cent

Sesetengah broker menawarkan akaun cent (contohnya XAUUSD.cent) di mana 1 lot bersamaan 1 auns, bukan 100. Dalam akaun ini, 0.01 lot bernilai $0.01 bagi setiap $1 pergerakan — seratus kali lebih kecil. Tukar pilihan "Jenis akaun" di atas untuk kiraan yang betul.

Sentiasa semak kontrak sebenar di platform anda: klik kanan simbol dalam Market Watch, pilih Specification, dan baca Contract size. Jangan andaikan.

Kenapa saiz ditentukan oleh stop, bukan oleh keyakinan

Anda tidak tahu dagangan mana yang akan menang. Anda hanya tahu di mana idea anda salah. Tetapkan stop dahulu, kemudian kira lot. Kalau anda pilih lot dahulu dan letak stop ikut keselesaan, anda bukan mengurus risiko — anda meletakkan nombor pada harapan.

Soalan lazim

Berapa lot untuk akaun $1,000?

Dengan risiko 1% ($10) dan stop $10, jawapannya 0.01 lot. Kalau stop anda $5, ia menjadi 0.02 lot. Nombornya bergantung pada jarak stop, bukan pada baki sahaja.

Adakah 0.01 lot selamat untuk akaun kecil?

Tidak semestinya. 0.01 lot bernilai $1 bagi setiap $1 pergerakan. Dengan stop $10, itu risiko $10 — 10% daripada akaun $100. Untuk akaun di bawah sekitar $500, had risiko 1% biasanya terlalu kecil untuk saiz minimum emas.

Apa beza pip dan dolar untuk XAUUSD?

Ramai trader emas terus kira dalam dolar harga, bukan pip. Kalau anda masuk 3,900 dan stop 3,890, jarak stop ialah $10. Itu lebih mudah dan kurang mengelirukan berbanding menukar kepada pip.

Boleh saya guna leverage tinggi untuk buka lot besar?

Boleh secara teknikal, tetapi leverage hanya mengurangkan margin yang diperlukan, bukan kerugian. Lot besar dengan stop jauh tetap memadamkan akaun walaupun margin kecil.

Nak lihat bagaimana saiz ini digunakan pada setup sebenar?

Member app menunjukkan setiap kajian XAUUSD bersama zona, stop dan sasaran — dan jurnal peribadi merekodkan keputusan anda sendiri dalam R, bukan dalam ringgit.

Lihat member app — RM15/bulan

Ini kandungan pendidikan tentang pengurusan risiko, bukan nasihat pelaburan atau cadangan untuk berdagang. Dagangan emas berleveraj boleh menyebabkan kerugian melebihi jangkaan. Semak kontrak dan terma broker anda sendiri.